.

1

Total Pageviews

Sunday, February 3, 2013

Penawar Penyakit Sampar. Terbukti berkesan!!!

Asslamualaikum dan selamat sejahtera.

Suasana rumah ini sunyi semenjak kematian ayam siam sebanyak 80 ekor. Jika tidak dulu pagi sahaja kedengaran bunyi ayam berkokok kedengaran. Suasana sedih menyelubungi ayah saya bila di beritahu bahawa ayam ayah sekor-sekor menemui ajal. Ayah saya bekerja sebagai Jurutera Tag Boat, 10 hari kerja 5 hari cuti. Jika cuti dia yang uruskan reban ayam. Jika dia bekerja saya terpaksa ambil alih tugas ayah saya. Ayah saya memang sayang dengan ayam-ayam siam dia. Waktu kerja dia akan call rumah tanya ayam ok tak. Bukan nak tanya kita orang family sihat ke tidak. First sekali mesti tanya ayam..hahaha..


Masuk sahaja bulan Januari 2013, di dapati jiran sebelah terkena penyakit sampar. Saya pada masa itu sudah risau teramat sangat. Saya khuatiri akan terkena juga pada ayam saya. Memang betul tekaan saya. Ayam saya ada tanda terkena sampar. Segelintir ayam semua terperap dalam reban ayam. Masa tu saya dah mula search di google untuk mendapat ubat atau petua untuk selamatkan ayam-ayam ayah saya. Ayah saya pula dah tak sabar nak balik  tengok sendiri ayam dia sakit. Pelbagai cara dah saya buat. Letak beras gaul dengan kunyit letak 4 penjuru,letak cermin di hadapan pintu reban, letak belerang, minyak tanah campur jagung la dan macam-macam lagi yang merepek semua saya dah cuba. Memang semua tak menjadi.

Akhirnya, ayah saya ambil keputusan untuk sembelih mana yang dah tak larat lagi nak bangun. Sembelih 1 persatu dan tanam. Saya kesian melihat keadaan ayah saya. Tinggal 10 sahaja di biarkan ayah saya untuk mati dengan sendirinya.

Seekor ada di dalam reban ibu ayam yang sedang mengeram. Keadaan dia juga serupa untuk menemui ajal tapi dia bertahan juga untuk melihat anak-anak dia menetas. Cuti ayah saya pun dah habis, jadi dia  menyuruh saya tanam jika ada ayam mati. Saya kata ok.

Petang tu saya tenung saja ayam-ayam yang tinggal. Hingus meleleh dari hidung ayam itu. Ada ayam yang kaki dah lemah tak boleh bangun. Keesokan harinya 6 ekor ayam mati. Tinggal 4 ekor lagi belum menemui ajal. Sekor bapak ayam, 2 ekor ibu ayam dan ayam jantan umur 6bulan. Saya termenung di pintu reban ayam. Tiba-tiba saya terfikir sesuatu secara spontan. Saya berkata pada diri saya, ayam ini kan selsema kalau selsema ubat dia ubat selsema lah. Tanpa berlengah saya punggah tempat ubat-ubat di dalam rumah. Akhirnya saya dapat juga ubat yang saya cari. Nama ubat itu CHLORPHENIRAMINE MALESTE . Dapat sahaja ubat itu terus saya memanggil adik saya untuk membantu saya memengang ayam-ayam yang tinggal. Saya patah 2 ubat tu terus di masukkan ke dalam mulut ayam dan masukkan air ke dalam mulut ayam itu. Saya bagi separuh sebab kita yang selsema nie pun makan 1 da laluk apa pulak binatang kan. kang tak pasal-pasal terus mati. Selama 3 hari saya bagi ayam makan ubat tu. Time maghrib saya berikan sebab time tu ayam akan tido bila menjelang malam.


Alhamdulillah, ayam saya terselamat dan sekarang semuanya kembali sihat dan aktif. Perasaan saya begitu gembira sekali dan hampa sebab saya lambat untuk selamatkan 76 ekor yang mati. Jika cepat saya sedari ubat itu boleh mengubati ayam-ayam siam saya pasti ke semuanya selamat. Ayah saya reda dan  beritahu kita mula balik dari awal sebab baka pun dah ada. Anak ayam baru menetas pun ada 3 ekor.

Itulah rahsianya. Saya harap korang yang menghadapi masalah penyakit sampar ini cubalah untuk ayam-ayam korang. Saya sekadar berkongsi apa yang telah berlaku pada family saya. Semoga menjadi panduan untuk korang semua ok.

Dah berjaya komen lah di sini. Saya nak tgok betul ke tidak. Ini saya cuba untuk ayam siam. Ayam lain saya tak tahu. Try lah dulu ok.

Sayangkan 76 ekor ayam mati sekelip mata. Kesian ayah saya.




4 comments:

  1. Saya cube ya... ayam hutan saya kene penyakit sampar ni

    ReplyDelete
  2. Info yg bagus dan patut dicuba...tq

    ReplyDelete
  3. What are the bonuses and promos for casinos that accept
    The casinos that 천안 출장마사지 accept players 안산 출장안마 from Canada offer a minimum deposit of $10 김제 출장마사지 for their games. 원주 출장안마 These are some 대구광역 출장안마 of the biggest and most popular and popular

    ReplyDelete
  4. Bet365 Casino & Promos 2021 - JTM Hub
    Full list of Bet365 Casino & Promos 출장안마 · Up to £100 in Bet Credits for new poormansguidetocasinogambling.com customers at bet365. aprcasino Min deposit £5. Bet Credits available for use upon settlement nba매니아 of bets https://deccasino.com/review/merit-casino/ to value of

    ReplyDelete